Monday 28 February 2011

Blog Walking

copy paste....menarik!
untuk ingatan semua.....


1) Lelaki 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa 
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa 
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa 
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! 


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan 
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama 
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat 
kepada suaminya 
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya 
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! 
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun 
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri 
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi 
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak 
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan 
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang 
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya 
dosa-dosa yang ditanggung. 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini 
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah 
kira-kiranya. 



Wanita 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah 
tetapi tidak sebaliknya. 
Saksinya kurang berbanding lelaki. 
Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada 
isterinya. 
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas 
yang tak ada pada lelaki. 


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan 
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti 
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya 
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib 
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah 
seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu 
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, 
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara 
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan 
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan 
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan 
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 



2) Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga 
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di 
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.



3) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat 
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut 
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa 
perlu mengangkat senjata. 



...sayangnya ALLAH pada wanita .... 


" Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah yang percaya pada Allah dan 
RasulNya. Kalau ada mereka pada suatu pekerjaan bersama-sama tidaklah 
mereka pergi saja (meninggalkan majlis) sebelum meminta izin kepadanya. 
(An-Nur:62) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang 
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia 
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


p/s: bile bace ni, rse kesian lak ngn ayah..
besar tgggjwb dia utk family trutamanya isteri ngn ank prmpuan...
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu-bapaku
dan kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihaniku ketika kecil...

amin....

No comments:

Post a Comment